Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed
0

Downtown KLIA



27 Ogos 2010, hari berpuasa, so, apa aku buat kat kedai makan ni? xpose ea? hahaha xdewla. ni la Downtowan KLIA yang berdekatan dengan Concorde Inn KLIA. mula-mula ingat ni restoren chinese..ragu-ragu gak la.. then bila masuk jew dalam, terpampang besaq logo halal kat premis ni yang telah disahkan oleh JAKIM. lupa lak aku nk baca betul2 signboard 2, "chinese muslim cuisine". jangan ragu2.. 

Meeting MPM kali ini di buat di Downtown KLIA Seafood bagi mengelakkan ketangan otak yang telah lama terpendam dalam saraf otak 2. so meeting ini formal, tapi santai dengan alunan music dari lagu-lagu sentimental sehinggalah lagu RnB. ada gak time meeting aku nyanyi lagu O.M.G oleh Usher. hahaha

11 presiden dari 11 kampus cawangan UniKL telah menghadiri mesyuarat MPM dan  dipengerusikan oleh Timb. Presiden UniKL, Prof. Abu Talib.

Meeting punya meeting, sampai la nak berbuka puasa. so, 50% kami bayaq, 50% tauke restoran subsisi la..
RM 30 bagi dewasa, RM 15 bagi kanak2. kita orang bayaq harga kanak2, makan cam orang dewasa. :P
Waiter baru (jijul)

Prof. Abu Talib
Downtown KLIA Seafood
No 40-48 BlockB Jalan KLIA 1/60
Chartefield Commercial Center
6400 KLIA
Tel: 603-87831031
Fax: 603-87831032
0

mari berbuka puasa bersama BNS 0802A




24 Ogos 2010, majlis makan-makan sampai muntah kenyang telah diadakan di Lumut Orchard Inn, Lumut, Perak bersempena dengan berbuka puasa kelas BNS0802A. seramai 21 anak2 ayam orang telah mengambil bahagian.

Senarai hadiran:

  1. Bad
  2. Ganu
  3. Baloo
  4. Abet
  5. Sepu
  6. Sapiq
  7. Ridz
  8. Pa'an
  9. Nik
  10. Amir
  11. Na'im comel
  12. Fiuzz
  13. Xsun
  14. Keba
  15. Naseef
  16. Solas
  17. Wan kempen
  18. Teku
  19. Nurul
  20. Ada
  21. Yus
So, less talk, more action.. aksi-aksi semasa makan tidak dapat dipaparkan kerana mengandungi unsur-unsur #%##%  kurang sopan. 
contoh makan cara sopan
berdoa sebelum makan
artis jemputan
BNS 0802A ade sorang jew gurl actually, yang laen sume bodyguard cik cici nuyul mayiam..
kasih sayang yang telah lama terjalin (naim comel)
pekerja hotel yang baru (xsun)
bila perut dah kenyang
susah ank cari muka organizer
So, kita akan bersambung makan2 lagi tahun depan..
0

Program Ramadhan 1431H

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Post ni lewat 1 minggu lak. Alhamdulillah, Malaysia masih aman, damai dan dihindari dari segala musibah dan bencana. Allah masih memelihara tanah air kita ni walaupun ada juga beberapa isu dalam negara yang menjadi perbualan hangat dan diperdebatkan, tetapi kita masih dapat mengecapi sinaran matahari dan menghirup udara segar. Kita doakan moga saudara-saudara Islam kita di seluruh pelusuk dunia diampunkan dosanya dan diberikan keselamatan. Kepada mereka yang sedang berperang memerangi musuh-musuh Islam, teruskan perjuangan anda. Kami membantu anda semua dalam kalungan doa-doa kami. Sesungguhnya kalian berada dijalan yang benar. Insya Allah..

So di kampus aku, pihak Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa menganjurkan Program Bersempena Bulan Ramadhan yang bertempat di sekitar UniKL MIMET. Antara program-program yang telah dirancang:
  1. Majlis Berbuka Puasa bersama Pusat Jagaan Anak Yatim Ummu Safiah
  2. Gotong-royong Bubur Lambuk
  3. Iftar Perdana dan Sumbangan kepada Anak Yatim UniKL MMET.
  4. Solat Terawikh dan Bazaar Ramadhan UniKL MIMET.
masih ada lagi aktiviti2 yang dirancang. nanti akan diupdate lagi. 

credit to Amirrul. Rumah Jagaan Ummu Sofiah

7

Tulpjes day out

15 Ogos 2010, baru je beberapa bertolak dari Lumut, terus jew ada panggilan telefon dari rakan lama, Dr. Farisan ajak pegi makan colek kat Kota Bharu. Time tu kat Gerik lagi. Dem xsabar2 lak dorang ni.haha
Masjid Jubli Perak


So pagi2 lagi, geng kami, Tulpjes (makna, bunga tulip dalam bahasa Holland)  terus mengorak langkah ke Rantau Panjang, Kelantan. Kali ini hanya ada; Aishah, Nurleen, Farisan dan Fiuzz sahaja. Farah Wahidah dan Ros Atiqah xde kali ni. huhu.

ros and fa

Belajar molek yea kat UiTM Shah Alam dan UIA Kuantan tu.... Kami pegi jalan2 dulu yea.hahaha.

Nurleen sangat excited kerana 1st time ke Rantau. Terima kasih kepada driver yang sangat komited. kah3. 


pencarian beg bermula

10 minit pertama di Rantau Panjang. semua muka excited dengan nak shopping sakan. 
Farisan: nak cari beg kulit
Nurleen: nak shoppin!
Aishah: nak cari jeans gurl
Fiuzz: jeans2.


40 minit lepas tu, ado orang sakit perut. namanya dirahsiakan.haha. lagi-lagi cuaca mencecah 33 darjah Celcius pkul 12.30 pm.

Lepas shopping sakan. Geng Tulpjes pegi menunaikan solat zohor di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang. Masjid ini dibuat berdasarkan seni bina China. Sangat menarek untuk...photoshoot! So kali ni kami photoshoot di Rantau Panjang setelah xdapat berbuka puasa bersama.
Nurleen, berada di China
Aishah, anak cina.:P
Tulpjes tanpa fa dan ros

Last trip, KB Mall. fiuzz membeli spek mata baru. hahaha.

Love to hang out again with Tulpjes. Harap berkekalan hinnga akhir hayat + anak,cucu,cicit pun sama la. 3 tahun lagi mesti ada yang dah nak kahwin ni. guess who?  :P


credit 2 nleen: ikan kalerful
0

Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Bil. 1/ 2010


4-6 August 2010, satu pra-Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Bil. 1/ 2010 (Pre-Council) telah diadakan di Institute KWSP, Bangi. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada Majlis Perwakilan Pelajar dari Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia untuk menyuarakan kepada pihak kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengenai dasar2 kerajaan dan isu2 semasa berkenaan dengan mahasiswa. Dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

Dihadiri oleh:
20 IPTA
13 IPTS

Setiap IPT hanya boleh menghantar 4 perwakilan Majlis Tertinggi (MT) dari setiap universiti. Seramai 119 perwakilan menghadiri pra-mesyuarat yang bermula 4 Ogos 2010.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (MPM UniKL) dihadiri oleh:
  1. Nashrul Hazran
  2. Nazirul Faisal
  3. Abdul Hakim
  4. Muhammad Hafiz

YB Dato' Saifuddin Abdullah
Hakim, Nashrul, Dato' Saifuddin, Me, Nazirul
Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC). Mesyuarat ini adalah mesyuarat tertutup, iaitu tanpa kehadiran media selepas mesyurat ini diserahkan kepada Pengerusi MPPK, YAB Timb. Perdana Menteri. 

Meeting Hall, PICC
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perkongsian pendapat oleh President MPM UniKL, Nashrul Hazran

Majlis Makan Malam bersama Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin di PICC, Putrajaya. 
Ucapan YAB Timb. Perdana Menteri semasa majlis makan malam
IPTS friends

Di sini juga dapat bertemu rakan2 sekolah Maahad yang lama xjumpa.
Schoolmate, Syazwan Hassan, ex-MPM UM
Schoolmate, Abdullah Long, Timb. YDP MPP USIM

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Diharap mesyuarat sebegini diadakan lagi bagi memperkukuhkan ikatan antara IPT-IPT seluruh negara, disamping dapat update dari pihak kerajaan di atas dasar2 yang telah diperkenalkan. 

"Suara Mahasiswa Diketengahkan"
6

Milik siapakah bunga ini?

bunga kekwa misteri
6 August 2010, semasa makan malam bersama TPM di PICC, Putrajaya; ada orang memberi aku bunga. tanpa aku mengenali siapa dirinya, nama, asal usul. Dialog semasa orang tidak dikenali bunga, 
" ni bunga tuk awak, tanda persahabatan"
then dia terus blah. kelu gak lidah. dahla tak kenal. tiba-tiba bagi bunga plak. tapi ada gambar suspek yang sempat diambil. hehe. ni lah kebaikan bila suka ambil gambar orang randomly.

tengok anak panah, secret admirer yang xberapa secret. :P
xkesahla sapa2 pun nak bagi bunga ke, pinggan mangkuk ke,or kusi meja; yang penting ikhlas tanda persahabatan. so sapa2 or secret2 admire yang nak bagi hadiah lepas ni, prepare kunci kereta plak yew.hehehehe. boleh bawa balik kereta nanti.

0

SMTU professor



Welcome to UniKL MIMET
Добро пожаловать в UniKL MIMET


2 August 2010, a lecture are given by Prof. Kirill RozhdestvenskyState Marine Technical University of St. Petersburg (SMTU) at UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology.


The topic are: 
  1. Flapping Wing Propulsion
  2. Effect of Spoiler on Fast Ships
from left: Mr. Iwan Zamil, Assoc. Prof. Md Salim, Me, Prof. Kirill Rozhdestvensky 


0

Cameron Highlands kali ke bape ea??



30 July, masa untuk lepaskan tension yang dah berbulan2 di simpan dalam otak (eh yeke?). so plan kiteorang kali ni pergi ke tempat peranginan terkemuka di Scotlant Malaysia iaitu, Cameron Highlands. Entah kali ke berapa aku dah pergi pun tak tahu, sejak umur 6 tahun until sekarang.  



Perjalanan bermula pada pukul 5.30 pm. memang janji melayu sorang2 ni. patut bertolak kul 5.00 pm.

Laluan kami,
Lumut - Ayer Tawar - Ipoh - Simpang Pulai - Kg. Raja - Brinchang (Cameron Highlands) - Tanah Rata






Singgah sekejap di Mee Rebus Ramli, Ipoh. Mee rebus dia best gak. sedap2..







 "abg ramli, laen kali bagi diskaun ea, da promote kan ni   :P "















Solat maghrib tak lupa, kat Petronas Pangkalan.

Then meneruskan perjalanan dengan keadaan jalan yang gelap, kereta under power, hujan lebat. Redha and berdoa je..

Sampai kat Tanah Rata, terus cari hotel nak check-in. Pada mulanya nak tido dalam kete je senang. tapi sejuk sangat kut malam 2.

RM 50/malam. murah tu... bilik boleh muat 4 orang skali tido lengkap dengan tv + astro + inside bathroom with water heater + wifi

sapa xde pengalaman, xleh bawak jalan ni
31 July, pukul 7.00 am dah nak gerak turun masing2. excited  gelabah sangat2. haha. yang agak kurang ajar nya, kedai semua buka pukul 9.00 am termasuk ladang2. dahla bangun awal2 pagi. Tapi yang best pergi Cameron Highlands kali ni, pegi kat view point kat Boh Estate. 174m ketinggian dari kilang Boh. lelah gak tapi tak berpeluh sebab sejuk. So, kiteorang lepak2 kat atas sana sambil tunggu kilang Boh buka untuk wat lawatan sambil belajar cuci mata. Ada lima proses nak buat teh Boh ni. cara2 nya, sila google yew.haha


Signboard ni sejak aku kecik lagi dah ada
panjat bukit belakang Kilang Boh
Pemandangan di atas bukit
lepas tu terus ke Bee Farm. Mestila melawat lebah kan. dan terus ke Cameron Bharat Plantation. Teh lagi. tapi kali ni tuk ambil gambar orang2 skodeng celah2 pokok teh pulak. 


Kuchu2 Hotta Hei
terus ke Kea Farm, jalan jam macam apa tah. sejam gak perjalanan ke Kea Farm yang sepatutnya mengambil masa 15 minit sahaja.


Camnilah jalan ke Kea Farm
Masa mencumburui kiteorang, so perjalanan seterusnya ke....Lata Iskandar. 32km dari Tanah Rata. Air terjun ni sangat2lah sejuk walaupun jam menunjukkan pukul 3.00 pm.


Lata Iskandar, not a good shot 

Perjalanan pulang melalui, 
Tanah Rata - Ringlet - Tapah - Bidor - Teluk Intan - Lumut

Letih bai drive kete tanpa power rangers steering.  Sampai MIMET kul 8.30 pm. Sape yang dapat assignment dari fiuzz sila submit yew nanti.


study sambil makan strawberry
strawberry cicah honey comb
Related Post

Flag Counter

free counters

Page Rank

About Me

Penulis adalah pengasas bagi Fiuzzhafiz Works. Penulis merupakan mahasiswa tahun akhir yang kini menuntut di sebuah universiti swasta tempatan dalam bidang teknologi kejuruteraan marin. Semua gambar adalah hakcipta terpelihara melainkan dinyatakan oleh penulis.