Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Pulang Beraya Korban


16 Nov, sesudah je abes exam. barang2 di pack masuk ke kereta. Ada 12 trip turun naik tingkat 4 bilik aku. Senaman yang bagus untuk yang sedang merancang untuk menguruskan badan.haha. Imagine, 3jam masa untuk bawa barang turun dari bilik dan masukkan dalam kereta. Mula2  ingat tak muat kereta tu, tapi setelah menggunakan kuasa supersayya, alhamdulillah muat. 

UniKL MIMET Perak
Hampir semua pelajar telah pulang ke kampung halaman. Tinggal beberapa pelajar je yang sedang buat presentation FYP. Hostel mulai kosong. 

So aku memulakan perjalanan ke Kelantan melalui Lumut - Air Tawar - Beruas - K.Kangsar pada pkul 7.30am. Konvoi 2 kereta bersama roommate. Perjalanan berhenti seketika di K.Kangsar untuk bersarapan bersama rakan yang datang dari UiTM S.Alam. Selepas bersarapan kami teruskan perjalanan secara berkonvoi 3 kereta melalui K.Kangsar - Gerik -  Tasik Banding. 12.30 pm sampai kat Tasik Banding untuk berehat sambil mengambil2 gambar untuk menyegarkan minda.

Pngkln Polis Marin Tasik Banding

Pelancong dari China
Lepas puas berehat, cuaca pun makin panas, jadi kami meneruskan perjalanan. kereta banyak atas jalan menuju ke Kelantan untuk pulang beraya. Sedang sedap kami memandu macam F1 lagaknya, tiba2 kereta rakan kami memberikan hazardlight menunjukkan isyarat untuk berhenti. Aku pun berhenti depan sedikit manakala sebuah lagi kereta (syafiq) dah lepas naik bukit tidak perasaan kami berhenti.

Rupa2nya kereta rakan kami (farah) xboleh tekan minyak. engin mengaum macam tekan minyak. so disebabkan tiada orang yang arif tentang kereta, maka kami masing2 try and error apa masalah kereta tu.  sementara kami duk cuba2, rakan kami sorang lagi (syafiq) berpatah semula ke tempat kami di KM 47.8 Lebuhraya Timur-Barat atas Bukit Banding. Pemandanagan yang indah diserta hujan yang lebat. hehe. memang mencabar. Bila start engin, RPM terus rev ke 5/6... tu belum tekan minyak lagi. macam orang rev kereta kat bengkel2 kereta tu.
Berkelah ditepi Lebuh Raya Timur-Barat

Muka masing2 keletihan

Berbalik kepada kepakaran kami, tiada sorang pun pakar kereta. Iya la, yang ada; finance; operation mngement; x-ray; design kapal. 

Maka farah telah call parents nya.pada pukul 1.30pm. so perjalanan Kota Bharu ke tempat kami                 +- 3@4jam. so apa kami nak buat? lihat gambar2 dibawah. Panjang sangat kisah pada harini. so yang lain dikenangkan dalam minda je. yang xboleh blah kereta kiteorang duduk depan laluan gajah liar. macam jurrasic park kata farah.
Bantuan tiba


kereta di tow
Bantuan tiba pada pukul 6.30pm. setelah menunda kereta farah ke RnR yang terdekat, solat jamak zuhur + asar skali. Kami meneruskan perjalanan ke Kelantan sementara farah ke Gerik bersama family untuk menguruskan towing kereta. Jalan ke Kelantan pada malam itu sesak dengan kereta. biasalah orang pulang beraya last2 minit ni. Alhamdulillah aku sampai rumah pada pukul 9.00pm.. 14jam perjalanan. Aku ke Kota Bharu, Syafiq ke Pasir Puteh.


Selepas sehari, lepas diagnos kereta farah karburetor pecah. alhamdulillah kereta tak rosak masa turun bukit. alamatnya, kami yang menjadi mangsa korban hari raya korban. Alhamdulillah semuanya selamat.

inilah dinamakan sahabat. apakah perbezaan kawan dan sahabat? anda huraikan. :)

1 comments:

♥ Cik Tiqa ♥
December 9, 2010 at 11:18 PM comment-delete

sahabat adalah seseorang yang sentiasa bersama ketika susah dan senang dengan kita tidak kira di mana jua kita berada..ia juga adalah salah seorang yang kita percaya dan tempat utk kita meluahkan masalah..utk mmpunyai seorang shabat mengambil masa yg agk lama dan mngkin slama2nya kita tidak akn mmpunyai seorang shabat..

Rakan pula kawan yang berada di keliling diri kita..bersenang bersama-sama.. tapi bersusah pula entah ke mana lah perginya.

Reply

Post a Comment

Related Post

Flag Counter

free counters

Page Rank

About Me

Penulis adalah pengasas bagi Fiuzzhafiz Works. Penulis merupakan mahasiswa tahun akhir yang kini menuntut di sebuah universiti swasta tempatan dalam bidang teknologi kejuruteraan marin. Semua gambar adalah hakcipta terpelihara melainkan dinyatakan oleh penulis.