Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed
0

10 Muharram 1432H

bulan pada malam 10 Muharram 1432H
Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

1

Pulang Beraya Korban


16 Nov, sesudah je abes exam. barang2 di pack masuk ke kereta. Ada 12 trip turun naik tingkat 4 bilik aku. Senaman yang bagus untuk yang sedang merancang untuk menguruskan badan.haha. Imagine, 3jam masa untuk bawa barang turun dari bilik dan masukkan dalam kereta. Mula2  ingat tak muat kereta tu, tapi setelah menggunakan kuasa supersayya, alhamdulillah muat. 

UniKL MIMET Perak
Hampir semua pelajar telah pulang ke kampung halaman. Tinggal beberapa pelajar je yang sedang buat presentation FYP. Hostel mulai kosong. 

So aku memulakan perjalanan ke Kelantan melalui Lumut - Air Tawar - Beruas - K.Kangsar pada pkul 7.30am. Konvoi 2 kereta bersama roommate. Perjalanan berhenti seketika di K.Kangsar untuk bersarapan bersama rakan yang datang dari UiTM S.Alam. Selepas bersarapan kami teruskan perjalanan secara berkonvoi 3 kereta melalui K.Kangsar - Gerik -  Tasik Banding. 12.30 pm sampai kat Tasik Banding untuk berehat sambil mengambil2 gambar untuk menyegarkan minda.

Pngkln Polis Marin Tasik Banding

Pelancong dari China
Lepas puas berehat, cuaca pun makin panas, jadi kami meneruskan perjalanan. kereta banyak atas jalan menuju ke Kelantan untuk pulang beraya. Sedang sedap kami memandu macam F1 lagaknya, tiba2 kereta rakan kami memberikan hazardlight menunjukkan isyarat untuk berhenti. Aku pun berhenti depan sedikit manakala sebuah lagi kereta (syafiq) dah lepas naik bukit tidak perasaan kami berhenti.

Rupa2nya kereta rakan kami (farah) xboleh tekan minyak. engin mengaum macam tekan minyak. so disebabkan tiada orang yang arif tentang kereta, maka kami masing2 try and error apa masalah kereta tu.  sementara kami duk cuba2, rakan kami sorang lagi (syafiq) berpatah semula ke tempat kami di KM 47.8 Lebuhraya Timur-Barat atas Bukit Banding. Pemandanagan yang indah diserta hujan yang lebat. hehe. memang mencabar. Bila start engin, RPM terus rev ke 5/6... tu belum tekan minyak lagi. macam orang rev kereta kat bengkel2 kereta tu.
Berkelah ditepi Lebuh Raya Timur-Barat

Muka masing2 keletihan

Berbalik kepada kepakaran kami, tiada sorang pun pakar kereta. Iya la, yang ada; finance; operation mngement; x-ray; design kapal. 

Maka farah telah call parents nya.pada pukul 1.30pm. so perjalanan Kota Bharu ke tempat kami                 +- 3@4jam. so apa kami nak buat? lihat gambar2 dibawah. Panjang sangat kisah pada harini. so yang lain dikenangkan dalam minda je. yang xboleh blah kereta kiteorang duduk depan laluan gajah liar. macam jurrasic park kata farah.
Bantuan tiba


kereta di tow
Bantuan tiba pada pukul 6.30pm. setelah menunda kereta farah ke RnR yang terdekat, solat jamak zuhur + asar skali. Kami meneruskan perjalanan ke Kelantan sementara farah ke Gerik bersama family untuk menguruskan towing kereta. Jalan ke Kelantan pada malam itu sesak dengan kereta. biasalah orang pulang beraya last2 minit ni. Alhamdulillah aku sampai rumah pada pukul 9.00pm.. 14jam perjalanan. Aku ke Kota Bharu, Syafiq ke Pasir Puteh.


Selepas sehari, lepas diagnos kereta farah karburetor pecah. alhamdulillah kereta tak rosak masa turun bukit. alamatnya, kami yang menjadi mangsa korban hari raya korban. Alhamdulillah semuanya selamat.

inilah dinamakan sahabat. apakah perbezaan kawan dan sahabat? anda huraikan. :)
0

Selamat Hari Jadi

19 Nov, semasa perjalanan ke majlis hari jadi seorang photog, terjumpa kenderaan idamanku, 
Land Rover Sport HSE
Perjalanan yang mengambil masa 20 minit dari Kubang Kerian melalui Jambatan Sultan Yahya Petra yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Cuaca cerah tapi dengan awan mendung sentiasa bersama kami. Musim terkujuh kan October - Mac setiap tahun di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jambatan Sultan Yahya Petra

Satu2nya TESCO bertulisan Jawi
Sambutan hari jadi di rumah kak Tasha @ Candid Combat. sepatutunya hari jadinya pada 14 Nov 2010 tapi menunggu kepulangan kami dari perantauan untuk menyambut bersama-sama. Thanks kak.


Background orang-orang yang lapar
Selamat Hari Jadi
apatah nama kek ni, dari Chef Lanz
Klik disini untuk ke laman web Chef Lanz
3

Teaser

Marina Wing Lumut


Sudah sebulan tidak update blog, assignment, program, outing, jaga anak.so tuk teaser kali ni, tunggu kemunculan update post lepas ni. ni sebahagian gambar bila nak lepaskan tension kat subject. enjoy it.:)


Teluk Intan Perak
1

himpunan bekas pelajar maahad muhammadi 1937-2009


setelah 4 tahun merantau dan tidak menjejaki bumi maahad muhammadi, akhirnya aku menjejaki juga pada 13 september 2010 bersamaan 4 syawal 1431H. perjumpaan kali in menggabungkan generasi baru dan lama 3 maahad yang bernaung dibawah Alumni Maahad Muhammadi (AMAL) iaitu Ma'ahad Muhammadi Lil-banin Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu (MML), M'ahad Muhammadi Lil-banat Jalan Merbau Kota Bharu (MMP), dan Ma'ahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan (MMPPP).

nak cite sal sekolah ni memang panjang sangat, so pendekkan dengan gambar jewla.hehe

pendaftaran ahli AMAL

Pok Nik Mat, "jangan membazir deyh"
anas rosedi (2006) & syazwan arif (2006, abah)
tag aku
kaunter yang dijaga oleh Ripin, lama xjumpa
Faisal & Muhsin (Pengakap 58KB)
Syah sedang ber'webcam'
pendaftran muslimat
dif2 kehormat tanpa kehadiran MB Kelantan, Tok Guru
abg soleh (2003) , Balkhairi (2004) , Ridhuan (2003)
Aiman (2006) , Zool Amali (2004) , Izzat (2006) , Shah (2006)
Aizuddin (2006) & Irwan (2006)
Jeming Hase (2005)
Farhan Azhar (2006)
Geng Jeming Hase (2005)
Insya Allah tahun depan majlis sebegini akan diadakan di Ma'ahad Muhammadi Lil-Banat Jalan Merbau. kehadiran pada kali ini mencecah 500 orang..

Terima kasih kepada AMAL sebagai penganjur dan telah menjadi sebuah NGO yang berdaftar.
0

an hour in whiteroom studio

13 September 2010, setelah setahun merancang untuk mengadakan sesi photography dalam studio akhirnya tercapai. kami, TULPJES telah menempah Bonsai Whiteroom studio yang terletak di Wakaf Siku untuk sesi berfotografi. kali ini semu ahli ada termasuk seorang ahli baru. sesi berlangsung selama sejam 30 minit yang bermula pada pukul 3pm. sangat enjoy dan puas hati sampai ada yang macam xnak balik la plak. haha. bilik yang ada air-cond + floor fan pun terasa panas sebab masing2 sangat aktif macam kanak2 tadika,haha. so ni lah hasil photoshoot dari kami. 

muka hepi semua
kami bertujuh
alamak wi mane ea?
sesi merebut bantal
wide lens
wallpaper
bergaya sakan
touch up dengan naturaktor
kami sentiasa suka berposing


next year camne pulak? delegation dari UK dan Jakarta mesti xbalek. delegation Unisel pun dah graduate. so, gambar makin nasik minyak plak lah ye kawan2..huhhu


think bout it the similarity ship, sea and us.

0

reunion SKDH 1 (2001)


15 September 2010, setelah 9 tahun tidak ketemu, akhirnya 6G Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1 Pengkalan Chepa Kelantan telah bertemu dan bersua dalam satu majlis reunion yang diadakan di A&W Kota Bharu. 


Antara yang hadir:

  1. Amir
  2. Azlan
  3. Ammar
  4. Hafizi
  5. Hafiz Saini
  6. Kamal
  7. Engku Aman
  8. Ekram Zamani
  9. Alif
  10. Sabariah
  11. Aida
  12. Farah Dilla
  13. Amalia
  14. Zailatul
  15. Aeishah
  16. Hafizah
  17. Izzati
  18. Ummi sakinah



ada beberapa rakan yang lain xdapat menghadiri kerana mempunyai kesulitan yang lain. harap kita akan kita akan berjumpa lagi di reunion yang akan datang, tapi time tu kena bawak anak masing2 pulak..huhuhu. thanx 4 the organizer..
2

ulang tahun perkahwinan ibuayah

selamat ulang tahun perkahwinan ke-21 ibu dan ayah yang jatuh pada 6 Syawal 1431H. majlis makan malam bersama adik beradik bagi meraikan ibu dan ayah..start makan 630pm, break solat maghrib kat tgkat 6 hotel dan sambung makan sampai kul 10pm. memang lega la makan seberapa yang mampu.


ibu and ayah
angah
alang
achik
my family.gambar aku xde kn?haha


Tempat : Palm Terrace Cafe Renaissance Hotel Kota Bharu
Related Post

Flag Counter

free counters

Page Rank

About Me

Penulis adalah pengasas bagi Fiuzzhafiz Works. Penulis merupakan mahasiswa tahun akhir yang kini menuntut di sebuah universiti swasta tempatan dalam bidang teknologi kejuruteraan marin. Semua gambar adalah hakcipta terpelihara melainkan dinyatakan oleh penulis.