Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed
0

Wordless Wednesday #1


a year later : MOGSEC 2012

Malaysian Oil & Gas Services Council (MOGSC)
No. D-0-5, Setiawangsa Business Suite
Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603 - 4251 5419/1781/1784
Fax : +603 - 4256 9286

0

Pantai Mek Mas

Assalamualaikum

Outing kali ini ke Pantai Mek Mas yang tidak berapa terkenal tetapi mempunyai pemandangan yang indah dikelilingi kawasan perkampungan persisir pantai. terletak bersebelahan dengan Pantai Cahaya Bulan dengan akses jalan masuknya melalui Kuala Besar, Kota Bharu Kelantan.

Klik gambar untuk tumbesaran



Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran
Klik gambar untuk tumbesaran


Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran


Talent: Farah Wahidah, Ros Atiqah Fatin, Widad, Naimi
Photographer: Muhammad Hafiz Saini
Editing: Fiuzzhafiz Works

0

[Tutorial] Apakah itu pelaras diopter, Diopter Adjustment? (Kamera)


Anda ada masalah seperti gambar ini??
 "dah habis adjust focus, dah betulkan setting ISO, Aperture, Shutter speed, and semua butang setting dah tukar. tapi, kenapa gambar ,masih blur/kabur/kabus macam kat atas ni.?????? 
Arghhhh tension..."


Sabar-sabar. Disini ada penyelesaian mudah. Bukan skim pinjaman mudah ye. Cara-cara nak siasat kenapa gambar jadi blur/kabur/kabus macam kat atas ni. Jalan penyelesaiannya adalah... Diopter adjustment !!



Dalam kamera, diopter adalah cara untuk menambah jumlah tambahan pelarasan tumpuan yang menetapkan optical viewfinder sepadan dengan penglihatan anda. Ia berfungsi seperti tumpuan fokus pada sepasang teropong. Ia perlu kerana mata manusia boleh memberi tumpuan kepada imej out-of-focus dalam viewfinder, ia mengelirukan  otak untuk berfikir bahawa imej adalah benar-benar fokus. Perkara yang terbaik dalam pelarasan diopter ialah membolehkan pemakai kanta untuk melaraskan optical viewfinder sepadan dengan kaca mata mereka supaya kamera boleh digunakan tanpa memakai cermin mata.

Skema tak ayat ni, kena bagi bahasa baku gak kadang-kadang .:)


bagi pengguna Nikon
Kebanyakan jenama DLSR ada pelaras diopter adjustment di sebelah kanan eyepiece. Nikon punya selalunya besar atau kecil dan jelas, Canon pula lebih kecil (terutamanya bila dipasang dengan eyepiece cup). Fungsi dia sama je di kedua-dua sistem. Pada asalnya pelaras diopter adjustment digunakan sebagai kanta yang beralih dari dekat ke titik tumpuan yang jauh. Ia tak ada kena-mengena dengan proses auto fokus pada camera body. Ia hanya memberi kesan bagaimana mata anda mengambil imej.


bagi pengguna Canon
Pelaras diopter adjustment berfungsi sama seperti alat seorang doktor mata waktu memeriksa penglihatan anda. Peranti mempunyai kanta cekung pelbagai dan kanta cembung untuk laraskan untuk rabun dekat dan rabun jauh. Mereka melaraskan untuk mata yang tidak boleh memberi tumpuan pada jarak yang munasabah, seperti untuk objek dekat seperti membaca tutorial mengarut ini. Bahawa pelaras diopter adjustment pada kamera biasanya mempunyai pelbagai pelarasan -3 kepada 3, dengan 0 sebagai visi nominal 20/20, lebih atau kurang. Off topic, anda tahu kenapa Tun. Mahathir letak nama, Wawasan 2020? Ini lah sebabnya.:)


Ok, berbalik dari selingan tadi. Jika mata-laman anda adalah sesuatu yang kurang daripada purata (pada dasarnya apa yang 20/20), pelaras ini akan menjadi rakan baik anda untuk membantu menembak lebih baik, lebih-lebih lagi jika anda cuba menggunakan manual-focus. Untuk menetapkan diopter dengan betul, anda akan perlu untuk menetapkan kamera anda pada tempat keras, seperti tripod, dan titik pada sesuatu yang rata dengan tekstur yang cukup untuk dilihat dengan mudah. Press release shutter anda separuh ke bawah untuk melihat kamera anda dengan auto-focus.
tada..hasil selepas adjust dan recompose balik





Ujian ini bergantung kepada idea bahawa kamera anda memberi tumpuan dengan betul, jelas. Tanpa menggerakkan kamera, menghidupkan kawalan diopter sehingga (dengan atau tanpa kaca mata) imej dalam fokus dengan mata anda. Pastikan ia sesuai dengan peglihatan mata anda!


Macam kelihatan mudahkan? Tapi kadang-kadang sedikit penyelarasan pada diopter boleh membantu anda mendapat purata penglihatan yang tepat dan betul. jangan tension-tension bila memfokus objek / subjek. Selamat Menembak!

lanjutan pembacaan: [KLIK SINI]

take note ye,:)

@CikTiqa: Ummi Atiqah
@farahfa : Farah Wahidah
@wizaira : 
Widad Abd Ghafar


p/s: khas dibuat bagi yang pernah ada masalah gmbar rasa2 cam blur2..
0

Penduduk Malaysia 2010


Assalamualaikum,

Hari ni tertarik lak nak update pasal Penduduk Malaysia. Rasa patriotik plak hari ni. Korang tahu apa itu EPU? EPU adalah Economic Planning Unit ataupun Unit Perancang Ekonomi yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Peranan Unit Perancang Ekonomi ni:

  • Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi;
  • Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan panjang;
  • Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan;
  • Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan;
  • Menasihati Kerajaan mengenai isu-isu ekonomi;
  • Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi;
  • Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga;
  • Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing; dan
  • Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat selaras dengan dasar penyususunan semula ekuiti korporat.

Saja nak bagi maklumat skit pada yang masih tak update tentang jumlah penduduk Malaysia 2010. Bancian kali ini kali ke-5 bancian penduduk diadakan di Malaysia selepas 1970, 1980, 1991 dan 2000. Rakyat Malaysia telah mencapai 28.9 juta orang (2010). 


Statistik penduduk mengikut jantina, kumpulan etnik dan umur, Malaysia, 2010
Melayu: 14,749,378 
Bumiputera lain: 3,197,993
Cina: 6,520,559 
India: 1,969,343 
Lain-lain: 347,692 Bukan warganegara:2,123,830



Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri
sumber: [KLIK SINI]

p/s: Jagalah dan hormatilah hubungan sesama manusia.
0

Lancar kapal guna bag angin



Korang penah tengok kapal dilancarkan dengan bag angin tak? Ala.... yang bahasa inggeris dia Air Bag tu.. 

Kapal melancarkan udara beg juga dikenali sebagai beg kembung, beg roller, beg lifudara, dan beg salvage. Piawai beg udara pelbagai saiz 1.0m ke 2.0m diameter, dengan panjang sehingga 'effective length' 18.0m.


Beg udara digunakan untuk melancarkan kapal, memuatkan, dan terapung. Ia digunakan secara meluas dalam bot kargo pelancaran dan pendaratan, mengangkat dan bergerak kapal karam terbabit, dan menyelamatkan bot yang terkandas. Beg udara bukan saja memudahkan buruh  menjimatkan dan masa, tetapi kos pelaburanSelain itu, ia adalah fleksibel, mudah alih, dan boleh dipercayai.
Sumber 2: [MARINE AIR BAGS]

p/s: boleh buat bantal peluk tido malam-malam
0

Boleh ke nak capai perpaduan?


'Betulkan saff, rapatkan saff',

Ayat yang seringkali dituturkan oleh imam tika setiap solat yang diimamkan . Namun sejauh mana dilaksanakan oleh makmum (pengikut), hanya Allah yg tahu. Dalam solat telah diterapkan konsep disiplin. Walhal pada zaman Rasullullah S.A.W, baginda memeriksa lurusnya saff dengan menghunuskan pedang pada hujung tumit kaki setiap orang (betulkan jika aku silap) bagi memastikan saff lurus dan tidak ada renggang dan belok-belok. Namun jika anda perhatikan, khususnya pada solat jumaat tika kaum Adam menunaikan solat, ada lagi lompong2 dan saff tidak diperbetulkan. 

Contohnya, Aku selalu menegur jemaah disebelah aku utk merapatkan saff dan pastikan bahu dan tumit bertemu agar tiada ruang yang lompong. Tapi aku dimarahi dan satu jelingan tajam ke atas aku. Apakah salah aku mnegur? Tidak rapat saff, sah ke solat? Walaupun umurnya menjangkau 50-an, tidak salah utk aku menegur. Tanggungjawab sesama muslim. Kalau kata2 imam untuk betulkan saff dan rapatkan saff dalam solat berjemaah pun xdapat nak ikut, inikan pula perintah yang lain. 

Dalam solat juga memupuk perpaduan sesama muslim. Kepada pembaca diluar sana, janganlah segan2 tegur jemaah yang lain jika saff tidak diperbetulkan, dirapatkan. Kat Malaysia, amnya, mewah sangat nak dapatkan ruangan semasa solat. Jika saiz badan bersaiz 28, sibuk mintak ruangan macam size 42 (sorry ye saiz besar2 aku xmaksudkan korang). kiri kanan syaitan boleh masuk.

Aku tak arif bercakap tentang agama, tapi tanggungjawab aku sebagai muslim untuk menegur. Sekadar renungan. Wallahualam
0

Kalendar Akademik UniKL Julai November 2011


Musim cuti sekolah dah nak habis, yeay! So siapa-siapa yang nak masuk sekolah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sesi Julai 2011 ni, ni la jadual semester korang. Sebelum korang-korang lost time nak masuk nanti, boleh la start nak study sikit2 ke, or korang nak plan tuk hari dating ke. Korang jugak boleh rancang bila korang rasa nak ambil cuti. Jangan lebih (3%) dari setiap subjek if tak nanti kena bar tak leh masuk final paper. :)

Aku tak tau la campus lain apply sama macam ni ke tak, tapi bagi MALAYSIAN INSTITUTE OF MARINE ENGINEERING TECHNOLOGY (MIMET) -saje nak bold and caps perkataan ni- , ni la jadualnya ye. Yang aku paling sure, Royal College of Medicine Perak (RCMP) dan Malaysian Institue of Aviation Technology (MIAT) tak sama Kalender Akademiknya.


Klik gambar untuk  tumbesaran  lebih jelas
Klik gambar untuk tumbesaran lebih jelas

Original link: Klik sini
Download file (.pdf): Klik sini

p/s: persiapan awal  bagi yang nak beli tiket Raya
2

Engin Daihatsu Turbo

Aku takde la minat sangat pasal kereta ni (dengan tunjuk muka serius sambil kening naik atas). Saja nak bagi tau kat peminat enjin-engin turbo kat luar sana. Aku ada kereta Daihatsu Charade G11 (1985) bukan turbo. 

Image credit to : here

Ingat nak bubuh la turbo dah aku tengok awak-awak luar sana duk bubuh turbo, masyuk je atas jalan. Siap ada race dengan kereta kapasiti besar lagi. Tapi bila aku pegi buat survey satu hari ni, aku nampak engin ni. Aku fikir2 camna la nak modifed masuk dalam engin aku. Confirm2 kereta Bentley pun tak dapat lawan jika guna engin ni. Serius beb!



Engine ni la aku tengok tu
Spec:

Daihatsu 6DLM26SL Marine engine 
1500 Horsepower
rated at 1500HP @ 720RPM 
S/n DL626053 
Bore: 260 mm 
Stroke: 340 mm 
weight: 12,000 kg 
Turbo: IHI BBC VTR251-2


p/s: yang tak puas hati dengan Myvi korang pun apasalahnya tukar engin ni. ke nak beli yang " LAGI BEST, WOO'OO'OOO"
2

Bas macam kapal terbang


Dulu bila orang tua-tua cerita sal naik bas jauh2 ni, suma haru biru. Kes tingkap tak ada la, brake angin cukup makan je, bas semput nak naik bukit sampai customer kena tolak naik bukit la (yang ni xdela)

Tapi sekarang, cuba cerita sapa yang xpenah naik bas? Berapa peratus je yang akan jawab tak penah. Sama ada dia kaya, or gayat naik bas aku tak taula. Tapi pengalaman naik bas masa kini lebih mengasyikkan, sambil air liur menitis2 kat bahu pun korang xperasan kut. Ini la teknologi. Aku naik bas setiap bulan lebih empat kali. dalam konteks ni bas ekspress la. bukan BASikal ea. Yang sapa guna bas tambang or sekarang, aku panggil bas Touch n Go tak dikira dalam hal ni. 

Jika perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur, aku suka naik bas jenama Sani Express, kenapa aku naik bas ni??? Sebab nampak kaya dan mewah. Yela, aku tak mampu nk upah driver bawa kereta, so aku bayarla bas; ada driver, bas panjang & luas, ada tulis executive coach lagi. Sapa tak nak naik rugi beb. Lagi-lagi  bas ni guna engin Scania 420 HP Euro 3 dan Scania K 420 6x2 double decker bus chassis. Memang aku tak penah ngadu sakit belakang, kepala terhantuk2 kat kerusi or tingkap la. Suspension dia bagus. Langgar lubang besar kawah meteorite pun aku rasa tak kisah. Bab memotong dan naik bukit, aku salute bas ni, power! 

Tapi ade skali aku interview pakcik driver bas tentang engin yang digunakan, dia kata masih under power. WTH!!! laju dah kut. Pendapat pakcik driver tu, kena pkai engin 480HP or lebih. baru umphhh...sekarang masih tak dapat nk potong Merc 320 lagi. cisss...

Lantaklah, asal perjalanan selamat.  :)
Harga tambang pun berpatutan.

Seat ala kulit tu..
route perjalanan Sani Express
Sani Express Merapoh, Pahang

 Link ke Website Saniexpress : Klik sini

p/s: korang tengok bas ni accident kan sejak 2tahun ni. suma human factor/error. manusia tak lari dari buat kesilapan. bas tiptop dah. Apa-apa pun, Pandu Cermat, Nyawa Selamat
0

Workshop Kukubesi Kelantan

kukubei manipulasi


KUKUBESI Live in Kota Bharu.

24 dan 25 Jun lalu, saudara KuKuBesi telah mengadakan kelas manipulasi gambar di Kelantan. Kelas ini bertempat di Kompleks Purnama Pengkalan Chepa yang beralamat Kompleks Purnama Jalan Lapangan Terbang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu 16100, Kelantan. 



KUKUBESI LIVE IN KOTA BHARU KELANTAN 24 AND 25 JUN 2011 KURSUS EDITING

24 JUN 2011 JUMAAT ( custom album perkahwinan )
08.00 pagi
- pendaftaran

09.00 pagi
- pengenalan fotografik
- croping and layer ( bagaimana memotong gambar dan pengetahuan tentang layer )
- color balance and level ( mengetahui sifat nya )
- feather ( penggunaannya dan radius )
- pembersihan wajah teknik kukubesi
- pencerahan sinar mata teknik kukubesi
- menyelamatkan gambar yang gelap teknik kukubesi
- 5 teknik tone dengan cara mudah

2.30 petang
- filter dan efek khas dalam photoshop
- texture dan warna
- susun atur editing dan gambar
- penggunaan text dan pemilihan font
- cara mudah membuat storyboard album perkahwinan
- latihan
- praktikal
- sessi soal jawab




25 JUN 2011 SABTU ( KURUS MANIPULASI )
08.00 pagi
- pendaftaran

09.00 pagi
- pengenalan manipulasi
- RAY OF LIGHT cara kukubesi
- pemotongan , feather , level dan color balance
- filter , blur , dan kesan khas
- latihan dan praktikal

02.00 petang
- penukaran wajah / haiwan
- penambahan support elemen
- penggunaan subjek api dan awan
- cantuman 3-4 keping gambar dalam satu karya

sumber: KUKUBESI MANIPULASI FACEBOOK
Picture credit to : Bersama geng Bonsai Photostudio
 
Picture credit to

Terima kasih kepada YB Ustaz Ahmad Baihaki yang sempat meluangkan masa untuk merasmikan Kursus Fotografik Manipulasi KuKuBesi. Ucapan ringkas YB jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru tidak pernah melupakan muda belia dan sentiasa akan bersama muda belia yang ada pada hari ini. Kemah keming. dan kami muda belia akan terus bersama kepimpinan yang menjaga kebajikan anak-anak muda. Inilah bukti negeri Kelantan mengamalkan konsep Negeri berkebajikan.


Kelantan negeri berkebajikan. Jutaan Terima kasih kepada YB Ustaz Haji Abdul Latiff Abdul Rahman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang merangkap Ketua Pemuda Pas Kelantan yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Kemah keming ustaz~





Picture credit to : Group photo
Promote sikit: Bagi yang telah mendaftar jagan lupa bawa laptop dan bagi yang tinggal laur daripada Kelantan dan memerlukan tempat tinggal, Kompleks Purnama Pengkalan Chepa ada PURNAMA INN dengan harga yang murah. Hotel Bajet di Pengkalan Chepa, Kota Bharu :Kami menawarkan penginapan dan dewan seminar sebagaimana berikut :Bilik Biasa Kecil = RM 38.00/hariBilik Biasa Besar = RM 48.00/hariBilik Keluarga Kecil = RM 55.00/hariBilik Keluarga Besar = RM 85.00/hariAsrama (untuk 25 - 50 orang) = RM 8.00/orang/hariBilik Mesyuarat VIP = RM 700.00/hariDewan Seminar Kecil = RM 400.00/hariDewan Seminar Besar = RM 900.00/hari

p/s: puas hati dapat blaja editing gaya Kukubesi. Achung ! entry lepas ni hasil editing .:)
0

Kronologi Peristiwa Israk dan Mikraj


Salam A'laik. Sahabat sekalian. 27 Rejab 1432 bersamaan 29 Jun 2011 merupakan ulang tahun tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W adalah perjalanan luar biasa mengandungi pelbagai rahsia dan pngajaran untuk dihayati umat manusia sepanjang zaman. Di sini aku ingin kongsikan bersama sahabat sekalian tentang kronologi peristiwa tersebut untuk renungan dan pedoman kita bersama.


Credit picture to
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu,Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah.

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya :

a) Kaum yang sedang bercucuk-tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

b) Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

c) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

d) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

e) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

f) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

g) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

h) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

i) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

j) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

k) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

l) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

m) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama:

Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua:

Nabi S.AW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat:

Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima:

Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam:

Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim AS bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Rabbul-Arbab

lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat

Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj 

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.

Mafhum Firman Allah SWT : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Wallahua’lam....

*Credit kepada pemilik asal yang aku tak dapat kesan siapa.. Aku hanya berkongsi.. Semoga Allah melimpahkan ganjaran pahala terhadap penulis asal.. Jika ada sebarang pendapat lain, boleh kongsi di ruangan komen..



credit picture to
Credit Artikel dari Klik Sini

Rentetan Peristiwa ini juga, Klik Sini
Related Post

Flag Counter

free counters

Page Rank

About Me

Penulis adalah pengasas bagi Fiuzzhafiz Works. Penulis merupakan mahasiswa tahun akhir yang kini menuntut di sebuah universiti swasta tempatan dalam bidang teknologi kejuruteraan marin. Semua gambar adalah hakcipta terpelihara melainkan dinyatakan oleh penulis.