Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Cameron Highlands kali ke bape ea??



30 July, masa untuk lepaskan tension yang dah berbulan2 di simpan dalam otak (eh yeke?). so plan kiteorang kali ni pergi ke tempat peranginan terkemuka di Scotlant Malaysia iaitu, Cameron Highlands. Entah kali ke berapa aku dah pergi pun tak tahu, sejak umur 6 tahun until sekarang.  



Perjalanan bermula pada pukul 5.30 pm. memang janji melayu sorang2 ni. patut bertolak kul 5.00 pm.

Laluan kami,
Lumut - Ayer Tawar - Ipoh - Simpang Pulai - Kg. Raja - Brinchang (Cameron Highlands) - Tanah Rata






Singgah sekejap di Mee Rebus Ramli, Ipoh. Mee rebus dia best gak. sedap2..







 "abg ramli, laen kali bagi diskaun ea, da promote kan ni   :P "















Solat maghrib tak lupa, kat Petronas Pangkalan.

Then meneruskan perjalanan dengan keadaan jalan yang gelap, kereta under power, hujan lebat. Redha and berdoa je..

Sampai kat Tanah Rata, terus cari hotel nak check-in. Pada mulanya nak tido dalam kete je senang. tapi sejuk sangat kut malam 2.

RM 50/malam. murah tu... bilik boleh muat 4 orang skali tido lengkap dengan tv + astro + inside bathroom with water heater + wifi

sapa xde pengalaman, xleh bawak jalan ni
31 July, pukul 7.00 am dah nak gerak turun masing2. excited  gelabah sangat2. haha. yang agak kurang ajar nya, kedai semua buka pukul 9.00 am termasuk ladang2. dahla bangun awal2 pagi. Tapi yang best pergi Cameron Highlands kali ni, pegi kat view point kat Boh Estate. 174m ketinggian dari kilang Boh. lelah gak tapi tak berpeluh sebab sejuk. So, kiteorang lepak2 kat atas sana sambil tunggu kilang Boh buka untuk wat lawatan sambil belajar cuci mata. Ada lima proses nak buat teh Boh ni. cara2 nya, sila google yew.haha


Signboard ni sejak aku kecik lagi dah ada
panjat bukit belakang Kilang Boh
Pemandangan di atas bukit
lepas tu terus ke Bee Farm. Mestila melawat lebah kan. dan terus ke Cameron Bharat Plantation. Teh lagi. tapi kali ni tuk ambil gambar orang2 skodeng celah2 pokok teh pulak. 


Kuchu2 Hotta Hei
terus ke Kea Farm, jalan jam macam apa tah. sejam gak perjalanan ke Kea Farm yang sepatutnya mengambil masa 15 minit sahaja.


Camnilah jalan ke Kea Farm
Masa mencumburui kiteorang, so perjalanan seterusnya ke....Lata Iskandar. 32km dari Tanah Rata. Air terjun ni sangat2lah sejuk walaupun jam menunjukkan pukul 3.00 pm.


Lata Iskandar, not a good shot 

Perjalanan pulang melalui, 
Tanah Rata - Ringlet - Tapah - Bidor - Teluk Intan - Lumut

Letih bai drive kete tanpa power rangers steering.  Sampai MIMET kul 8.30 pm. Sape yang dapat assignment dari fiuzz sila submit yew nanti.


study sambil makan strawberry
strawberry cicah honey comb

0 comments:

Post a Comment

Related Post

Flag Counter

free counters

Page Rank

About Me

Penulis adalah pengasas bagi Fiuzzhafiz Works. Penulis merupakan mahasiswa tahun akhir yang kini menuntut di sebuah universiti swasta tempatan dalam bidang teknologi kejuruteraan marin. Semua gambar adalah hakcipta terpelihara melainkan dinyatakan oleh penulis.